Bagaimana Jika Anak Mudah Hilang Fokus Belajar ?

Sebagai ibubapa, memang membimbangkan jika anak keciciran dalam pembelajarannya. Masalah utama ini adalah kerana kurangnya fokus semasa belajar.

Kali ini, saya ingin membincangkan beberapa tips bagaimana membantu anak anda fokus dalam pembelajarannya.

1 – Dalam kelas – duduk di barisan depan !

Sebolehnya, duduk di barisan pertama ataupun kedua.

Cikgu kelas akan lebih nampak (dan beri perhatian), serta pelajar akan lebih khusyuk mendengar.

Sememangnya, ini di luar kawalan kita – saya syorkan bincangkan hal ini dengan guru kelas, untuk meletakkan anak kita di barisan depan.

2 – Hadkan penggunaan gajet

Selain kelas online, hadkan penggunaan gajet seperti fon dan tablet di hari persekolahan.

Lebih baik, tutup internet sementara anak sedang menelaah pembelajaran sendiri.

3 – Persekitaran yang selesa

Ini adalah perkara asas yang kadang-kadang ibu bapa terlepas pandang juga – pastikan ada meja belajar, kerusi yang sesuai, cahaya yang cukup terang, serta persekitaran yang tidak terlalu panas ataupun sejuk.

Serta adanya privasi ; tiada gangguan luar .

4 – Gunakan teknik ‘Pomodoro’

Teknik ini adalah untuk menjaga tumpuan agar pelajar tidak penat fokus terlalu lama.

Kaedah : Belajar 25 minit – Rehat 5 minit dan ulang beberapa pusingan lagi .

Boleh gunakan aplikasi.

5 – Jadual yang konsisten

Dengan adanya jadual yang konsisten, pelajar akan berasa lebih bersedia.

Jadual tuisyen juga dapat membantu pelajar merancang jadual pembelajarannya.

6 – Rekreasi dan tidur yang cukup

Waktu tidur harus dijaga dengan baik – pastikan jadual tidur yang konsisten, contohnya mula tutup lampu pada 10 malam.

Waktu berekreasi juga digalakkan, walaupun hanya 15-30 minit sehari. Aktiviti fizikal juga boleh membantu pelajar fokus juga.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x