Isu : Perbandingan Anak Dengan Anak Orang Lain

Semasa bersekolah dulu, ibu saya kerap membanding­kan keputusan peperiksaan dengan sepupu yang sebaya.

Terasa geramlah juga – tapi alhamdulillah saya mengambilnya sebagai cabaran, dan hasilnya, saya lebih bermotivasi belajar lebih tekun, dan akhirnya memperolehi keputusan cemerlang juga.

Tapi bukan semua anak boleh terima perbandingan ini – ada yang lebih merundum dan akhirnya merosot keputusan ujiannya.

Oleh itu, adakah kita patut membandingkan anak dengan orang lain ?

Di sini kita ingin membincangkannya ; baik, buruk, praktikaliti dan kesimpulannya.

Kebaikkan Membandingkan Anak

1 – Motivasi Untuk Menjadi Lebih Baik

Sepertimana cerita saya di atas, perbandingan bisa menaikkan semangat untuk membuktikan yang ‘kita ni tak lah bodoh mana‘ terhadap sepupu saya yang ‘pandai’ itu.

Ia mendorong saya berusaha dengan lebih strategik dan berdisplin dalam pembelajaran.

2 – Objektif Yang Jelas

Dengan perbandingan, misalannya sepupunya Haziq dapat 75% dalam matematiknya – membuatkan anak ada sasaran jelas – “jika dapat dapat 80% pun, dan boleh kalahkan Haziq “, fikirnya.

Ada sasaran adalah lebih baik, kerana mereka boleh anggap seperti main permainan video – ada objektif dan markahnya.

3 – Mengenalpasti Kekuatan dan Kelemahan

Dalam perbandingan, secara tidak langsung, ibubapa akan melakukan ‘autopsi’ terhadap peluang dan bakat anak, serta
mengenai kelemahannya untuk diperbaiki.

Secara tidak langsung ; ibubapa akan lebih mengenali anak dan punyai idea untuk menanganinya.

Keburukkan Membandingkan Anak

1- Menurunkan Keyakinan Anak

Anak (terutamanya yang lemah akademiknya) akan berasa rendah diri, sekaligus berasa tertekan (dan lebih teruk, depresi).

Ibubapa harus sedar ini dari awal sebelum terlambat.

2 – Tertekan dan Hilang Motivasi

Bersambung dari poin di atas, langsung hilang motivasi untuk belajar. Keputusan ujian semakin menurun.

Mereka berasa sia-sia belajar ; hanya untuk menunjuk-nunjuk saja.

3 – Hubungan Menjadi Renggang

Oleh kerana perbandingan ini, mereka berasa tidak disayangi dan dihargai oleh ibubapa sendiri.

Anak akan menjauhkan diri, dan menjadi pendiam dan hanya memendam rasa.

Jadi Apa Yang Harus Anda Lakukan ?

1 – Fokus Kepada Perkembangan Individu

Setiap anak dilahirkan dengan kebolehan dan kelemahan tersendiri.

Dengan memahami ini, kita seharusnya membandingkan diri mereka dengan mereka di masa lalu saja, dan perbaiki untuk menjadi lebih baik di masa hadapan.

2 – Berikan Pujian Yang Spesifik

Elakkan beri pujian yang terlalu umum seperti ‘bagus lah’
ataupun ‘rajinnya’!

Contoh pujian spesifik ; “suka tengok kakak sahut cabaran cikgu untuk bersaing dalam kuiz matematik sekolah. Berani“.

Percayalah – ini akan membina keyakinan mereka.

3 – Fokus Kepada Kerjasama, Bukan Perbandingan Semata.

Dari contoh di atas, jika sepupunya Haziq lebih pandai dalam subjek matematik berbanding anak, mungkin mereka boleh belajar bersama secara online, dengan Haziq membantu anak dalam pelajaran tersebut.

Mungkin anak lebih bagus dalam subjek Sejarah – boleh membantu Haziq pula ?

4 – Ajarkan Anak Mengenai Pentingnya Usaha

Beritahu anak – kegagalan adalah proses dalam biasa dalam
pembelajaran berterusan.

Selagi tidak berputus asa, selagi itulah kita akan berpeluang. Jadi harus terus belajar dan berusaha.

5 – Dapatkan Maklum Balas Pihak Lain

Untuk betul-betul memahami anak – tanyakan guru­-guru yang mengajarnya, jurulatih, ahli keluarga malahan kawan-kawanya sendiri.

Ini akan memberikan perspektif yang lebih menyeluruh dan adil mengenai anak anda .

Kesimpulan

Oleh itu, kita harus berhati-hati dalam membanding­kan anak-anak kerana ini akan memberi kesan kepada perkembangan emosi dan psikologi mereka.

Adalah lebih baik kita membantu mereka menjadi manusia yang lebih baik berbanding semalam.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x