Bagaimana Saya Memilih AddMath Sebagai Subjek Utama Saya Mengajar

Ketika di sekolah menengah dulu, saya menggemari kesemua subjek aliran sains seperti fizik, kimia, matematik tambahan termasuklah matematik moden.

Ikutkan logik tersebutlah ; saya memilih kesemua 4 subjek di atas untuk dijadikan subjek pengajaran saya, ketika mula menjadi tutor 20 tahun yang lalu.

Semestinya, untuk subjek fizik dan kimia, saya habiskan masa seharian menelaah kembali kesemua bab dan topik, setelah meninggalkanya hampir 7 – 8 tahun sesudah SPM dulu (ketika saya berusia pertengahan 20-an).

Untuk subjek matematik (serta AddMath), saya tiada masalah untuk mengulangkaji dan hanya perlu buat latihan sedikit untuk kembali mengingati.

Kenapa mahu mengajar sehingga 4 subjek sekaligus ?

Iya lah, niat saya untuk ‘membesarkan’ pasaran – jika lebih banyak subjek, harapnya lebih mudah untuk dapat tugasan mengajar.

Logik kan ?

Tahun pertama mengajar

0k juga lah, saya dapat tugasan mengajar sana-sini, di sekitar Lembah Klang.

Ada satu tu , saya mendapat tugasan mengajar 3 subjek sekaligus – fizik, kimia dan addmath.

Pelajar tersebut bernama Faizal (jika tak silap), rumahnya di Ampang.

Saya berikan diskaun kerana ayahnya mengambil 3 subjek tersebut secara pukal.

Bagaimana hasilnya?

Setelah setahun, keputusan ujian Faizal TIADA kenaikkan – ini menaikkan ketidak-puashatian ayahnya kerana telah membelanja ribuan untuk tuisyen ini – tapi tiada hasil memberansangkan.

Saya sendiri pun bingung, kerana Faizal nampak macam faham dan elok je ketika kelas.

Keseluruhan, tak ramai juga pelajar saya – sangkaan saya meleset – mengajar banyak subjek tidak semestinya mudah dapat tugasan.

Sehinggalah… Aina

Saya mendapat tugasan baru ; pelajar Tingkatan 5 bernama Aina dari Kampung Subang. Sekali lagi saya ditugaskan mengajar 3 subjek serangkai itu ; fizik, kimia dan addmath.

Jadualnya, lebih kurang begini : 1.5 jam kimia, 1.5 jam fizik, dan 1.5 jam addmath pada petang Ahad.

Saya macam biasalah, walaupun penat, tapi dapat 3 pendapatan sekaligus…masyuk.

Sebulan selepas itu

Ketika ini, tugasan tuisyen masih suam-suam kuku.

Saya masih mengharapkan tuisyen dengan Aina ini akan berterusan, bukan terhenti separuh jalan seperti Faizal sebelum ini.

“Saya ingin berterus terang dengan cikgu”, Aina memulakan perbualan. Saspen juga.

“Cikgu ajar fizik dan kimia TAK BEST. Saya tak faham langsung,” ujarnya jujur.

Alamak, habislah aku, sekali lagi.

“Tapi cikgu ajar addmath . . . BEST GILER,” ujarnya lagi.

“Jadi saya ingin teruskan tuisyen addmath dengan cikgu sehingga SPM, dan mahu henti tuisyen fizik dan kimia“, sambungannya.

Saya baru nak rasa sedih . . . tapi berasa lega dan gembira.

Kenapa ?

Kerana boleh fokus pada subjek kegemaran : AddMath sepenuhnya.

Apa impak selepas itu ?

Rupa-rupanya, dengan fokus pada addmath semata, permintaan servis mengajar addmath melambung tinggi, sehingga dapat mencapai pendapatan 5-angka sebulan, berbanding sebelum ini, hanya cukup-cukup melepasi 3-angka sebelum ini.

Di sinilah saya membina karier sebagai tutor sepenuh masa -daripada bujang, berkahwin dan mempunyai 3 anak, dan juga sebagai tutor solo, dan kini punyai akademi online sendiri.

Terimakasih Aina.

Apa yang boleh dipelajari

Pengajaran 1 – Ambil masa untuk mengenal kebolehan sendiri

Setahun sebelum saya menjadi tutor, pelbagai karier saya cuba – penjual saham amanah, insurans, penjual kad sim -semuanya tak menjadi sehinggalah jadi tutor.

Jadi tutor pun, sepertimana diceritakan di atas, mencuba mengajar pelbagai subjek dulu, sebelum fokus sepenuhnya pada satu subjek yang benar kita kuasai.

Ini bermakna ; kita harus cuba banyak bidang dahulu, selagi tak jumpa, kit akan terus cuba bidang berlainan.

Bila sudah berjumpa dengan bidang yang sesuai, terus menghalusi (refine) lagi untuk mencari mana titik kemenangan kita.

# “If you haven’t found it yet, keep looking. Don’t settle. As with all matters of the heart, you’ll know when you find it. And, like any great relationship, it just gets better and better as the years roll on.” – Steve Jobs

Pengajaran 2 – Ini semua ambil masa

Kita juga tidak boleh tergesa-gesa mencari jawapan dengan cepat dan mudah, terus saja yakin dengan bidang dipilih.

Macam kes di atas ; kekadang kita perlu ‘buang masa’ mencari bidang masa yang kena di hati.

Usah bandingkan dengan orang lain yang ‘berjaya’ jumpa lebih awal ; kita tidak berlumba dengan mereka – kita berlumba dengan diri sendiri.

“Life is a single player game. You’re born alone. You’re going to die alone. All of your interpretations are alone. All your memories are alone. You’re gone in three generations and no one cares. Before you showed up nobody cared. It’s all single player” – Naval Ravikant

Pengajaran 3 – Terus ‘perhalusi’ (refine) walaupun sudah jumpa

Walaupun berasa kita dalam bidang yang betul , kita akan terus belajar dan menerima maklum balas ke mana halatuju yang lebih tepat .

Kekadang maklum balas ini menyakitkan (macam contoh di atas – “cikgu ajar fizik tak best”) – tapi ia adalah sesuatu yang harus kita dengari juga.

Dan teruskan eksperimen dan mencuba .

# “You should take the approach that you’re wrong. Your goal is to be less wrong.” – Elon Musk

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x