Saya telah mengajar matematik selama berbelas tahun (sejak 2004 lagi), dan pernah menjadi pelajar cemerlang dalam addmath semasa di sekolah menengah dulu (up sikit), ingin berkongsi sedikit sebanyak tips belajar matematik dengan berkesan.
Mungkin ada poin yang anda pernah atau tidak pernah buat, ataupun anda tidak konsisten dan tidak disiplin dalam melaksanakannya.
Saya sekadar ingatkan.
① Umpama Belajar Naik Basikal
Anda tentu ingat bagaimana anda belajar naik basikal dulu. Mungkin ada kawan ajar; dia tunjuk sikit, lepas tu suruh anda cuba pula, dia bantu tolakkan.
Nampak tak apa yang penting?
Tindakan. Praktikal. Latihan.
Belajar sedikit – praktik – jatuh – praktik lagi – dan terus praktik.
Jadi begitulah cara yang betul belajar matematik – dengan terus praktik.
Buat latihan berterusan.
Semua orang tahu ini – tapi sebagai cikgu, saya perasan ramai pelajar, suka skip topik, mungkin kerana nak cepat ke apa: sekadar membaca formula dan terus buat soalan yang lebih sukar.
Ini bukan cara yang betul belajar matematik.
Suka lompat-lompat walaupun asas algebra belum kuat.
Jika asas belum kuat, ini hanya menandakan yang anda belum cukup praktik-buat latihan (kayuh basikal dalam contoh tadi). Itu saja.
Tiada jalan pintas.
Ini membawa kepada poin kedua.
② Buat Latihan yang Berpadanan
Buat matematik ini ada rukunnya – anda mesti berada di tahap mana anda berada – jangan skip semata-mata nak cepat.
Jika anda di tahap 1 – kuasai dulu tahap 1 sebelum ke tahap 2 dan seterusnya.
Tugas pertama saya sebagai cikgu – adalah mengakses di mana tahap pelajar – dan kita bermula dari situ.
Ini yang saya lakukan dalam Akademi ZZ – berikan pelajar buat ujian diagnostik (sebelum memulakan kelas) supaya semua pihak – guru, pelajar dan ibu bapa – tahu di mana tahap anda berada.
Semua orang boleh meletakkan harapan pada tempat sepatutnya.
Kesilapan pelajar yang biasa saya nampak (macam di poin 1 tadi) – mereka cuba buat soalan sukar, padahal asas algebra pun tak lepas.
Ini membuatkan pelajar benci matematik: matematik tak salah – anda yang salah kerana ikut mana yang anda berada.
Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah ini?
③ Disiplinkan Diri Belajar Setiap Hari
Berapakah jam sehari anda harus belajar?
Mulakan dengan masa yang pendek, dan tambah sikit-sikit dari situ.
Anak saya Elyas (7 tahun) belajar berpuasa, saya ajar dia mula berbuka pada pukul 12 tengahari. Esoknya; 1 petang. Lusa; 2 petang. Kemudian, 3 petang. Dan seterusnya.
Jika larat. Jika tidak larat, berbuka ikut waktu semalam saja. Tiada masalah.
Anda boleh mula buat latihan matematik dengan 15 minit sehari.
Esoknya, tambah 15 minit jadi 30 minit.
Lusa, akan jadi 45 minit. Kemudian, akan jadi sejam. Jika tidak larat nak naikkan lagi, hentikan saja pada 60 minit. Tiada masalah.
Yang penting: Jangan putuskan rangkaian tabiat belajar ini. Terus istiqamah.
Saranan Buku: Atomic Habit oleh James Clear.
④ Pilih Kawan Yang Betul
Bak kata pepatah Arab:
“Jika berkawan dengan penjual minyak wangi, maka wangilah kita.”
Pengaruh kawan ini kuat. Kita bukan sahaja ada orang yang boleh dirujuk bila diperlukan – malahan kita juga ada persaingan sihat.
Gabungan ini akan menyebabkan anda berasa ada ‘tekanan sihat’ untuk belajar dan mencapai keputusan baik dalam peperiksaan.
Saya teringat sekolah dulu; semasa kita dalam kelas bawahan, dapat 40% pun sudah dikira hebat kerana lulus.
Tetapi, bila masuk kelas atasan – dapat 70% pun segan kerana majoriti dapat 80%.
Jadi hati-hati dalam pemilihan kawan – ia penentu masa depan anda.
⑤ Pemilihan Cikgu
Jika anda mendapat cikgu yang seronok dan berkesan belajar di sekolah, anda dikira bertuah kerana ini bukan di bawah kuasa kita menentukannya.
Bagaimana jika anda tidak dapat cikgu yang bagus?
Mahu tak mahu, adalah menjadi tanggungjawab anda mencari kelas tambahan di luar – sama ada tutor peribadi, tuisyen beramai-ramai ataupun tuisyen online.
Iklan – boleh cuba tuisyen online Sains dan Matematik di Akademi ZZ!
Kerana dengan cikgu yang betul, akan menyemarakkan semangat anda untuk terus belajar tanpa paksaan. Keserasian itu paling penting.
Dan akan mula mencintai matematik.
Penutup
Terima kasih kerana sudi membaca.
Jika anda mencari tuisyen online Sains dan Matematik Menengah, lengkap dengan ujian bulanan, rakaman video dari awal, tutor berpengalaman, webinar bulanan percuma, kelas percubaan percuma, dan sebagainya – jom sertai di daftar.akademizz.com.
Apa pendapat anda?