1 – Berkuasa Penuh (Authoritarian) :
Ibubapa sebegini sangat mementingkan displin, jadual dan dengar kata. Tanpa memikirkan perasaan dan kemahuan anak. Semua ini difikirkan untuk kebaikkan anak supaya anak di masa depan, supaya menjadi manusia berguna.
Contoh :
– jika anak menangis, mereka suruh dia berhenti serta-merta.
– jika menjawab (kemarahan ibubapa), disuruhnya dia masuk bilik berkurung.
– jika tidak berkemas rumah, akan dilarang keluar rumah bermain dengan rakan.
Impak (jika keterlaluan)
– Anak akan belajar untuk memendam perasaan, dan harus patuh pada pihak berkuasa untuk maju.
– Demi mendapat kasih sayang ibubapa, dia harus mengelakkan mereka kecewa kerana harapan tinggi oleh ibubapa.
– Membuatkan anak tidak dapat buat keputusan terbaik mengikut nalurinya sendiri, mengikut minatnya sendiri.
– Apabila dewasa, dia tak pasti apa yang benar-benar dia mahu kan.
– Hidupnya mungkin tampak bahagia dan sempurna, tapi dalam hatinya tiada siapa yang tahu.
2 – Penuh Kemanjaan (Permisive)
Ibubapa sebegini ini pula berasakan mereka perlu tunaikan segala permintaan anak, beri kebebasan sepenuhnya dan jarang pernah katakan tidak pada segala kemahuan.
Contoh :
- ketika kecil, jika tak mahu berjalan, dia akan didukung.
- jika mahukan aiskrim, boleh pada bila2 masa.
- jika dapat iPad, sampai ke malam dapat main.
Impak (jika keterlaluan)
– anak akan berasa sukar untuk mengawal kemahuannya dan selalu berasanya dirinya betul.
– tidak mahir mengawal perasan dalam konflik, dan menjadi sangat emosional.
– selalu dapat apa yang dimahukan, menjadikan dia tidak senangi oleh pelbagai pihak.
– menjadi kurang empati, tidak bertimbang rasa dan tidak tahu had nya.
3 – Berwibawa (Authoritative)
Ibubapa sebegini menghormati keperluan anak, dan percaya anak perlukan kebebasan yang terhad juga.
Contoh :
- anak boleh bermain permainan di rumah, tapi harus belajar kemas selepas bermain.
- boleh makan aiskrim, tapi pada hari Ahad sahaja.
- boleh menonton kartun, tapi hanya 30 minit sehari sahaja.
- bila konflik, anak boleh terangkan dulu penerangan bagi pihaknya, sebelum ibubapa terangkan nilai dan hukum sepatutnya.
- ibubapa tidak mudah menghukum, ataupun beri hadiah dengan sewenang2nya.
Impak
- anak akan belajar hidup ini penuh dengan cabaran yang harus diselesaikan sendiri, tapi tahu akan ada pihak lain yang akan membantunya bila diperlukan.
- akan menjadi cekal dan akan mengejar cita-cita dan minatnya.
- berani menyuarakan pendapatnya bila diperlukan.
- mudah menunjukkan emosinya (tidak menyimpan)
- mudah mengikut undang2 jika memahami sebab di sebaliknya.
4 – Pengabai (Neglect)
Ibubapa pengabai biasanya tidak selalu hadir dalam hidup anaknya kerana kesibukkan bekerja, dan anak selalu berasa kesepian walaupun dihujani kemewahan dan kebebasan. Ibubapa selalu tidak pedulikan, beri perhatian atau beri kasih sayang.
Contoh :
- ibubapa seringkali balik lewat kerja, jarang berjumpa anaknya.
- jika berjumpa pun, hanya sapaan kecil tanpa perhatian mendalam.
Impak
- anak menjadi kurang berkeyakinan dalam situasi sosial.
- menjadi terlalu melekap dalam hubungan, menjadi hubungan intimnya tidak sihat.
- berasa tidak dihargai, lebih suka memendam rasa sahaja.
5 – Helikopter
Ibubapa sebegini sering ‘membantu’ anaknya sehingga tidak beri ruang untuk anak mencuba menyelesaikan sendiri masalah hidupnya.
Menjadikan anak tidak berkeyakinan menghadapi cabaran hidup.
Kajian menunjukkan anak i) sukar menyelesaikan masalah, ii) kurang ketabahan, dan iii) suka menangguhkan kerja sebagai protes.
Kesimpulan : tiada ibubapa yang betul-betul dalam satu kategori, biasanya bercampur sana-sini sikit-sebanyak. Tapi pasti ada satu kategori yang lebih dominan.
Yang penting kita mesti sedar di mana kita, dan mesti bersederhana dan seimbang dengan ciri-ciri tersebut.
Anda dalam kategori mana?
Cara keibubapaan saya ada juga ciri 1 (Berkuasa Penuh) dan ciri 3 (Berwibawa)
WIBAWA- BERI KEBEBASAN & PILIHAN KEPADA ANAK-ANAK TETAPI BIMBING MEREKA & PANTAU AKTIVITI MEREKA
3 – Berwibawa (Authoritative)
Ibubapa sebegini menghormati keperluan anak, dan percaya anak perlukan kebebasan yang terhad juga.