Bagaimana Jika Anak Aktif Dalam Kokurikulum ?

Anak saya kini darjah 6 – aktif dalam kokurikulum
i) mewakili sekolah untuk bola baling,
ii) mewakili kelabnya dalam pertandingan taekwando,
iii) mewakili sekolah dalam pertandingan catur, dan
iv) menyertai aktiviti kelab pandu Puteri Islam.

Bingung juga saya sebagai bapa ; memandangkan ini anak sulung saya, jadi saya masih tiada pedoman khusus bagaimana untuk menangani ini.

Apatah lagi mengenangkan ketika ini dia di darjah 6, ada peperiksaan besar.

Adakah kita patut risau ?

Bagaimana dengan akademik nya ?

Adakah akan terjejas ?

Bagaimana untuk kita letakkan hadnya ?

Jadi disini kita akan membincangkan apakah impak baik, buruk, praktikaliti dan kesimpulannya bila anak terlalu aktif dalam kokurikulum.

Kebaikkannya

1 – Kemahiran Bersosial

Selain menambah kenalan baru, mereka juga akan belajar bagaimana untuk berkomunikasi, bekerjasama dan kepimpinan dalam berpasukan.

Ini skil yang penting untuk di masa depan ; berinteraksi dengan rakan sebaya dan dewasa yang berlainan latar belakang.

2 – Kesihatan Mental dan Fizikal

Aktiviti kokurikulum akan meningkatkan kesihatan fizikal dan mental. Ia boleh mengurangkan tekanan, meningkatkan mood dan gaya hidup sihat.

3 – Potensi Kemajuan Akademik

Secara tidak langsung, membuatkan anak bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh kerana sudah ada daya saing, displin diri, pengurusan masa dan motivasi.

4 – Perkembangan Bakat dan Minat

Ini membolehkan anak mengenalpasti bakat dan minat mereka di luar bilik darjah.

Selain meningkatkan keyakinan, skil ini berpontesi mengembang­kan karier mereka di masa depan, selain mendapat kepuasan peribadi.

5 – Pengalaman dan Pendedahan

Dengan menyertai aktiviti ini semua, ia akan mewarnai hidup mereka, dengan segala pendedahan hidup baru, memperkayakan perspektif mereka.

Keburukkan Anak Aktif dalam Kokurikulum

1 – Pengurusan Masa Yang Tidak Menentu

Aktiviti semua ini akan mengganggu rutin harian seperti masa belajar (seperti tuis) ataupun masa rehat anak-anak.

Mereka akan keletihan mengejar waktu.

2 – Prestasi Akademik Terjejas

Daripada kesan pengurusan masa di atas, komitmen aktiviti boleh menjejaskan prestasi pembelajaran mereka.

Boleh jadi juga aktiviti ini mengambil waktu persekolahan mereka. Anak-anak akan berasa sukar menyeimbangkan masa serta ada risiko keciciran kelas.

3 -Kos Tambahan

Bukan saja komitmen, malahan akan punyai bebanan kos yang harus ditanggung ibubapa itu sendiri ;

Yuran penyertaan, alatan sukan, pakaian, jurulatih luar dan sebagainya.

4 – Risiko Kecederaan Fizi

Terutama jika bersukan – kecederaan biasa boleh menyebabkan trauma kepada mereka.

Boleh membuatkan mereka patah semangat, jika tidak dirawat segera.

Cadangan Praktikal

1 – Tetapkan Prioriti dan Had

Bincang dengan anak, untuk memilih aktiviti yang selari dengan bakat dan minat mereka.

Tidak perlu banyak ; satu dua aktiviti sudah mencukupi.

2 – Pantau Perkembangan Akademik dan Kokurikulum

Pastikan keputusan peperiksaan memuaskan ; ambil kelas tambahan jika perlu.

Pada masa yang sama, beri sokongan pada aktiviti mereka seperti menghadiri pertandingan, atau bantu mereka dengan menguruskan masa.

3 – Ajarkan Pengurusan Masa

Bantu mereka buatkan jadualbersama-sama, tetapkan matlamat dan prioritikan tugas.

Boleh gunakan aplikasi kalendar yang boleh di’sync’kan pada semua gajet terlibat.

Kesimpulan

Perkara utama yang harus dilakukan adalah mencari titik keseimbangan antara akademik dan aktiviti kokurikulum .

Anak tidak bisa melakukan ini bersendirian ; harus ada kerjasama antara ibubapa dan guru terlibat.

Sokongan pada anak itu] satu kemestian ; cuma usah terlalu membebani mereka .

4.7 3 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
shazalia shaharuddin
shazalia shaharuddin
3 months ago

Ye, Alhamdulillah pelajaran tidak terjejas

Marhai Nee
Marhai Nee
3 months ago

Tidak aktif sangat

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x