Nak Hantar Tuisyen Mana Satu : Bersemuka atau Online ?

Sejak PKP, tuisyen online kini menjadi pilihan baru, bersaing dengan tuisyen bersemuka.

Tuisyen Online bukan lagi industri kecil-kecilan ; kini ibubapa dan pelajar punyai pelbagai pilihan tuisyen online, yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan !

Malah kami sendiri punyai pusat tuisyen online Sains dan Matematik Menengah : online sepenuhnya !

Daftar di sini : daftar.akademizz.com

Online vs Bersemuka : Mana Satu Yang Sesuai Dengan Anak ?

Disinilah saya ingin membincangkan dalam Siri 1 ini ; Perbandingan antara tuisyen bersemuka vs online, serta Siri 2 (yang akan menyusul) : Perbandingan antara tuisyen berkumpulan vs tuisyen personal.

Saya Cikgu ZZ, guru Addmath berbelas tahun, juga pengetua Akademi ZZ akan membicarakan isu ini bersama anda.

Siri 1 : Perbandingan Antara Tuisyen Bersemuka vs Tuisyen Online

Apa itu tuisyen bersemuka ?

Tuisyen bersemuka adalah tuisyen tradisional, iaitu melibatkan perjumpaan sebenar di alam nyata, BUKAN secara maya (virtual).

Ada beberapa jenis tuisyen bersemuka ; iaitu
i) kelas beramai-ramai di pusat tuisyen,
ii) kumpulan kecil di bilik sederhana , dan juga
iii) kelas 1-to-1 seperti tuisyen rumah (home tuition).

Semua perbezaan ini kita akan bincangkan dalam Siri 2.

Apa itu tuisyen online?

Tidak berlaku bersemuka, hanya perlukan talian internet dan gajet, serta menggunakan aplikasi Zoom ataupun Google Meet untuk mengendalikan kelas.

Boleh jadi kelas beramai-ramai, kumpulan kecil ataupun berseorangan – yang pasti anda tidak rasai perbezaan ini kerana dalam bilik berseorangan.

Mari kita bincangkan kelebihan dan kekurangan 2 medium ini.

Kelebihan Tuisyen Bersemuka

1 – Interaksi Sebenar di Alam Nyata

Bila kita nampak muka cikgu, dan cikgu nampak muka kita, menjadikan maklumbalas pembelajaran lebih cepat – sepintas lalu kita tahu pelajar faham atau tidak, suka atau tidak, kerana reaksi muka, mata dan anggota badan tidak boleh menipu.

2 – Empati dan Intimasi

Oleh itu, cikgu akan lebih memahami dan empati dengan pelajar, menjadikan hubungan menjadi lebih ‘ngam’ – sekaligus bisa menjadi penyampaian ilmu lebih lancar dan padat.

3 – Lebih Menyeronokkan

Semestinya, dalam kelas beramai-ramai, anak-anak akan bertemu rakan, ataupun membuat kawan baru. Sehingga­kan ada yang hadir ke tuisyen hanya semata-mata kerana ini.

Adakah ini bagus ?

Jika ini menimbulkan minat belajar, serta ada persaingan sihat – semestinya !

Kekurangan Tuisyen Bersemuka

1 – Jadual Tidak Fleksibel

Melainkan kelas personal ; jika kelas grup kecil, ataupun kelas di pusat tuisyen – mahu tak mahu anda harus hadir juga. Jika tertinggal – takkan boleh diganti balik.

Oleh itu, anda harus merancang aktiviti agar jangan terpontang kelas.

Sukar jika anak anda seorang yang aktif dengan aktiviti kokurikulum.

2 – Segan Untuk Bertanya

Cikgu memang mengalakkan pelajar bertanya ; tapi kekangan masa menyebabkan cikgu tidak dapat melayan semua pelajar.

Jadi, cikgu akan menganggap pelajar yang bertanya tadi mewakili semua pelajar ; jika dia seorang faham, kelas akan diteruskan walaupun masih ramai yang tidak faham.

3 – Gangguan Pelajar Lain

Tak semestinya pelajar diganggu secara langsung – boleh jadi si anak melayan borak kawan baiknya sendiri membuatkan fokus di kelasnya terganggu.

Jika tanya anak, katanya kelas 0K saja padahal langsung tidak mengikut pelajaran.

Ibubapa takkan tahu ini sehinggalah peperiksaan – sangat terlambat !

Kelebihan Tuisyen Online

1 – Jadual Fleksibel

Biarpun jadualnya mungkin tetap – tapi dengan adanya rakaman video, menjadi anda tidak perlu terlalu tepat ataupun ‘hadir’ ke kelas online tersebut.

Walaupun anda tak semestinya menonton video tersebut, tapi dengan kemudahan ini, mengurangkan tekanan untuk bersiap-siap, masa untuk perjalanan, serta ‘malu’ jika terlambat tiba.

2 – Belajar dalam Bilik yang Selamat dan Selesa

Semestinya, mana lagi tempat yang paling nyaman dan selesa : bilik anda sendiri !

Anda akan sempat makan pun , jadi tidak perlulah tergesa-gesa untuk cepat habiskan : sambung je makan dalam kelas .

Malahan boleh belajar di katil sendiri – jangan tertidur sudah !

3 : Tak Perlu Segan menanyakan soalan

Anda hanya perlu taip soalan, dan cikgu selalunya akan sedar, dan akan menjawabnya secara lisan.

Kebiasaannya juga, cikgu akan sempat menjawab kesemua soalan terpapar !

Ini akan membuatkan pembelajaran lebih berkesan – selagi
anda fokus pada pengajaran. Kerana bila fokus, barulah anda dapat menanyakan soalan bernas dan relevan.

Kekurangan Kelas Online

1- Cikgu Tak Dapat melihat pelajar

Cikgu tidak dapat melihat reaksi pelajar sama ada faham atau tidak, beri perhatian atau tidak, mahupun sudah tertidur atau belum.

Yang ada hanyalah ruang chat box untuk interaksi ini.

Mungkin ibu bapa harus selalu masuk bilik pelajar untuk memastikan ini

2 – Sukar Untuk Fokus

Bila berada dalam bilik sendiri yang selesa, berseorangan dengan gajet di tangan, adik beradik/kucing yang mengganggu – sukar sebenarnya untuk fokus dalam jangka masa panjang.

Tiada siapa boleh tegur – cikgu pun tak nampak.

Hanya pelajar yang berdisiplin tinggi sahaja sesuai belajar online sebegini.

3 : Tidak tahu Kemajuan pelajar

Lagi satu, tak kira anak boleh fokus atau tidak ; kita tak tahu keberkesanan tuisyen online tersebut, sehinggalah ada ujian di sekolah.

Bila tanya anak, ok saja katanya.

Ini menyebabkan ibu bapa sukar membuat keputusan – untuk meneruskan tuisyen atau tidak.

Bagaimana Untuk Memilih dengan Bijak antara kelas online vs bersemuka ini ?

  1. Cuba dulu mana yang mudah: saya syorkan boleh cuba online. Semestinya saya akan promosikan tempat saya dulu: daftar.akademizz.com.
  2. Tengok sebulan dua, adakah anak serasi atau tidak? Boleh tanya, ataupun lihat reaksinya ketika kelas. Adakah boleh ikuti atau tidak, seronok atau tidak, benar-benar faham atau tidak.
  3. Percaya pada penilaian anak – kerana apa yang penting, adalah keserasian anak juga, tidak semestinya pilihan ibu bapa semata. Sangat penting ada perbincangan dari hati ke hati dengan anak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *