Hub untuk Video Rakaman Kelas

Salam sejahtera ibubapa sekalian.

Semoga dipermudahkan segala persiapan masuk ke sekolah pada April ini. Apapun tuisyen online kami akan berjalan seperti biasa.

Perasmian Hub Video Rakaman

Sebelum ini, kami hanya mengongsikan video rakaman kelas secara tidak teratur; hanya sekadar WA, ataupun letak di Telegram.

Malahan juga jangka hayat video ini pun tidak lama, sekadar 3 hari saja.

Ini menyukarkan pelajar untuk mengulangkaji kembali ; mereka harus skrol untuk mencari, dan dalam masa 3 hari, harus muat-turun fail besar ini ke komputer masing-masing.

Ini sungguh merenyahkan.

Solusi kami: letakkan kesemua video ini di satu hub laman web tetap!

Kami letakkan kesemua video ini di laman web ini : pelajar.akademizz.com.

Dengan susunan kemas sebegini akan memudahkan pelajar mencari dan mengulangkaji mata pelajaran.

Hanya untuk pelajar berbayar sahaja.

Kelebihan lain

① tidak perlu khuatir jika tidak hadir dalam suatu sesi.

② pelajar baru juga boleh akses kepada kesemua video sebelum ini.

③ video juga boleh ditonton berulangkali jika mahu.

Kepada sesiapa ibubapa yang berminat untuk mengakses ini, sila KLIK : https://pelajarazz.wasap.my/

Terimakasih di atas perhatian anda.
CIKGU ZZ

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *